Wednesday 12 December 2012

Modul Literasi


Rounded Rectangle: UNIT 1
PERKATAAN SUKU KATA TERBUKA


Objektif

1.        Menyebut dan membaca perkataan suku kata terbuka dengan sebutan yang betul;

2.        Mengeja, membaca dan memahami perkataan suku kata terbuka dengan betul;

3.         Membina dan menulis perkataan suku kata terbuka dengan betul;

4.         Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi suku kata terbuka; dan;

5.         Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata terbuka.


Kemahiran

1.0      Perkataan Suku Kata Terbuka

1.1         Menyebut, membaca dan memahami
perkataan suku kata terbuka.   

Langkah
Aktiviti
Catatan
1
Tunjukkan kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar dari segi nama, warna, bentuk dan saiz.
Lampiran 1
Kad Gambar:
- dadu
2
Tunjukkan 4 keping kad gambar yang telah dilubangkan dan sekali lagi bersoal jawab dengan murid.
Lampiran 2
Kad gambar:
- dadu, sudu, petola, rebana
3
Tunjukkan pula 4 keping kad perkataan yang telah dilubangkan dan minta murid menyebut perkataan dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.
Lampiran 3
Kad perkataan:
- dadu, sudu, petola, rebana

4
Berikan kad gambar dan kad perkataan tadi kepada murid. Minta murid mengikat kad gambar dan kad perkataan menggunakan tali untuk mengukuhkan pemahaman  tentang maksud perkataan berdasarkan gambar. Perhatikan cara murid mengikat tali. Bimbing murid menggunakan jari untuk mengikat dengan betul.  Aktiviti ini melatih murid untuk fokus semasa melakukan tugasan.
Lampiran 2
Kad gambar
Lampiran 3
Kad perkataan
Tali
5
Bimbing murid membaca dan mengeja perkataan mengikut suku kata.
Lampiran 2
Kad gambar
Lampiran 3
Kad perkataan
6
Sediakan Kotak Beracun  yang mengandungi kad suku kata. Lekatkan kad gambar pada papan tulis.
Minta murid cari kad suku kata daripada Kotak Beracun dan lekatkan pada papan tulis  berdasarkan gambar dan perkataan yang dipaparkan.
Permainan Bahasa
Lampiran 2
Kad gambar
Lampiran 3
Kad perkataan
Lampiran 4
Kad suku kata - su, du, da, du, pe, to, la, re, ba, na
Kaedah VAK
Visual - Penglihatan
Bahan Bantu Belajar
Kad gambar, kad perkataan, kad suku kata, tali




1.2      Membina dan menulis
perkataan suku kata terbuka.

Langkah
Aktiviti
Catatan
1
Edar 4 keping kad perkataan yang telah ditebuk hurufnya.
Lampiran 5
Kad perkataan:
- guli, ciku, kerusi, perahu
2
Minta murid menyentuh  perkataan dan menggerakkan jari mengikut bentuk huruf sambil menyebut huruf.
Lampiran 5

3
Minta murid menekap perkataan dan mewarnakannya menggunakan pensel atau pensel warna.
Lampiran 5
4
Sediakan bahan maujud yang berbentuk huruf. (huruf mainan).
Sebutkan perkataan yang telah dipelajari dan minta murid bina perkataan yang disebut oleh guru daripada huruf-huruf tersebut.
Permainan Bahasa Lampiran 6
Bahan maujud berbentuk huruf – a, i, u, s, d, r, p
5
Minta murid mengeja dan membaca perkataan yang telah dibina.
6
Minta murid menulis perkataan yang dibina dalam buku latihan atau lembaran kerja.
Buku latihan atau lembaran kerja
Kaedah VAK
Kinestetik - Sentuhan
Bahan Bantu Belajar
Kad perkataan yang telah ditebuk, bahan maujud (huruf mainan), buku latihan atau lembaran kerja

 



1.3      Membaca dan memahami ayat tunggal
yang mengandungi perkataan suku  
    kata  terbuka.

Langkah
Aktiviti
Catatan
1
Pamerkan kad ayat dan minta murid membaca mengikut bacaan guru.
Lampiran 7
Kad ayat:
Beca bapa ada tiga roda.
2
Sebut ayat dan minta murid menyebut semula (mengajuk) ayat yang didengar.
Lampiran 8
-    Ibu cuci sudu besi.
-    Saya suka baca buku.
-    Bapa palu rebana ubi.
3
Bersoal jawab dengan murid untuk memahami maksud ayat yang dibaca.
4
Bimbing murid membaca ayat tersebut (ayat tunggal) dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Lampiran 8
5
Minta seorang murid membaca ayat tunggal yang diberi manakala rakan lain mendengar dan membaca semula ayat yang didengar secara latih tubi.
Lampiran 8
6
Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli.
Minta murid berdiri dalam satu barisan. Bisikkan ayat kepada murid pertama, kemudian murid tersebut akan bisikkan kepada murid ke-2. Murid kedua pula akan bisikkan kepada murid ke-3 dan seterusnya secara rantaian.
Minta murid terakhir ucapkan ayat yang didengar secara kuat.
Kumpulan yang dapat menyebut ayat dengan tepat merupakan pemenang.
Permainan Bahasa: Bisikan Cinta.

Ayat Cadangan:
- Bapaku beli buku
  baru.
- Buku dibeli dari kota.
- Buku cerita suka
  duka.
7
Paparkan carta ayat tunggal pada papan hitam. Perdengarkan dan bimbing murid melagukan ayat-ayat tunggal tersebut mengikut rentak lagu ‘Bapaku Pulang’
Lampiran 9
Kaedah VAK
Auditori - Pendengaran
Bahan Bantu Belajar
Kad ayat

 

1.4      Membina dan menulis ayat tunggal
yang mengandungi perkataan suku  
   kata terbuka.

Langkah
Aktiviti
Catatan
1
Bahagikan murid secara berkumpulan dan setiap kumpulan diberi kad gambar.
Lampiran 10
Kad gambar:
- orang lelaki palu
  rebana ubi
2
Bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang diberi untuk membina ayat.
Lampiran 10
Kad gambar:
- orang lelaki palu
  rebana ubi
3
Edarkan 4 keping kad perkataan. Setiap kumpulan diminta mengikat  kad-kad perkataan yang dilubangkan secara berantai untuk membina ayat.
Lampiran 11
Kad perkataan:
- bapa, rebana, palu, ubi
4
Edarkan sampul surat yang mengandungi kad-kad  perkataan yang lain berserta tali. Minta murid  ikatkan tali pada kad-kad tersebut untuk membina ayat.
Lampiran 12
Kad perkataan dan tali:
- Rima, ada, lima, guli,
- Guru, beli, kerusi,
   baharu,
- Saya, suka, ciku,
- Bapa, baca, buku
5
Setiap kumpulan dikehendaki menampal kad-kad perkataan yang diikat tadi pada papan tulis menggunakan pelekat.
Pelekat
6
Minta setiap kumpulan baca ayat yang dibina dan gayakan aksi berkaitan ayat sebagai pengukuhan tentang maksud ayat.
Lampiran 12
Rima, ada, lima, guli,
Guru, beli, kerusi, baharu,
   Saya, suka, ciku,
   Bapa, baca, buku,
7
Minta murid susun perkataan untuk membina ayat tunggal.
Lembaran Kerja 1
Kaedah VAK
Kinestetik – Pergerakan dan Sentuhan
Bahan Bantu Belajar
Kad gambar, kad perkataan, tali, lembaran kerja

Friday 30 November 2012

Literasi


LAMPIRAN 1  (BPSK) LITERASI
BORANG PENCAPAIAN SARINGAN KHAS

NAMA   SEKOLAH:   _____________________________________________________

KELAS                   :   ________________________       

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan 80% > jika murid telah menjawab 16 item dan
    lebih dengan betul.
                Tandakan ( X ) pada ruangan < 80% jika murid telah menjawab kurang
                daripada16 item dengan betul.


BIL
NAMA MURID
SKOR
LITERAT   (80% >)

BELUM LITERAT (< 80%)












































































Catatan – Sila gunakan lampiran tambahan jika ruang tidak mencukupi

PENGESAHAN :                                                                                                                                 TARIKH :