Tuesday 30 October 2012

Rancangan Pelajaran BM


*Rancangan Pengajaran Harian :Kontruktivisme (1)
Mata  Pelajaran       :  Bahasa Malaysia                                            
Kelas                          :   Tahun 3    
Tarikh                                        : 13 Januari  2012      
Masa    :  60 minit (11.30-12.30 )                                                                                                                                                                                              
Bil. Pelajar                                :  13 orang (7 lelaki, 6 perempuan)  
Tema                                         : Sekolahku Rumahku                                                                                                                                                                                                       
Tajuk                                           : Sekolahku Indah dan Ceria
Hasil Pembelajaran:
 Fokus Utama
 8.2 aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk
Fokus Sampingan
5.2 aras 2 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Objektif: Pada akhir  pembelajaran murid dapat : 
1. Menulis 3  ayat tunggal dan 2 ayat majmuk  berdasarkan teks.
  2. Menyampaikan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Sistem Bahasa: (a)kosa kata: indah, melata,nyaman, riang, cantik
(b)Tatabahasa : kata adjektif,ayat tunggal,ayat majmuk                                
(c) sebutan dan intonasi (syair)
Pengisian Kurikulum:
Nilai :  Kasih sayang(Sayang pada sekolah), berdikari(yakin)
KBT:(a)Kecerdasan Pelbagai (Muzikal)
(b)Kemahiran Berfikir (Mengenal idea utama dan idea sokongan
Media Pengajaran : Buku teks,
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membaca syair pada pelajaran yang lalu.


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Murid dan guru sama-sama menyanyikan lagu sekolah Bukit Kinyau
1.Guru menyanyi lagu”Sekolahku” sambil bermain gitar.
2. Guru bertanya kepada murid apakah nilai dalam lagu berkenaan.
1.Murid menyanyi bersama guru.
2. Murid memberitahu nilai dalam lagu yang dinyanyikan.
PK:Nilai :(1.sayang pada sekolah
2.Kebersihan sekolah)
KBT:Kecerdasa Pelbagai(muzik)
Media:Gitar

Langkah1
(10 minit)
1.Latihan bacaan
2.Kemahiran mendengar
3,.Bacaan syair mengikut intonasi yang betul

1.Guru menyuruh  murid membaca syair bersama dengannya tanpa intonasi
2.Guru memperdengarkan bacaan syair daripada Laptop.
3. Guru menyuruh murid membaca syair dengan sebutan dan intonasi yang betul

1.Murid membaca syair dengan sebutan yang betul.
2.Murid mendengar rakaman bacaan syair yang diperdengarkan.
3.Murid membaca syair dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Media:Laptop, Buku teks

Ilmu: sastera
SB:Sebutan dan intonasi (syair)

Langkah 2
(10 minit)
1.Kemahiran mengenal isi penting petikan.
2.Mengenal pasti mesej atau pengajaran daripada petikan
1.Guru meminta murid menyatakan isi syair.
2.Guru meminta murid menyatakan mesej dalam syair
1.Murid menyatakan isi syair.
2.Murid menyatakan mesej daripada syair

PK(a)Nilai (Kasih sayang)
(b)KBT:Kemahiran Berfikir (Mengenal idea utama dan idea sokongan)
Langkah 3
(30 minit)
1.Kata adjektif
(riang, cantik, indah, segar, melata, nyaman)
2.sinonim
(riang=gembira)

3.Membina ayat tunggal dan ayat majmuk
4.Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
1.Murid diminta menyebut perkataan yang diwarnakan dalam syair.(riang, indah,cantik, segar, melata,nyaman).
2.Guru menerangkan bahawa perkataan yang diwarnakan adalah kata adjektif.
3.Guru menunjukkan contoh ayat yang dibina daripada salah satu kata adjektif tersebut.
4.Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan (setiap kumpulan terdiri daripada 4 atau 5 orang).
5.Guru meminta murid membina ayat daripada kata adjektif berkenaan mengikut kumpulan masing-masing.
6.Guru membetulkan bahagian ayat yang kurang memuas
7. Guru membimbing murid yang menghadapi masalah dalam menulis ayat.
1.Murid menyebut perkataan yang diwarnakan dalam syair.
2.  Murid mendengar penerangan guru.
3. Murid masuk ke kumpulan yang telah ditetapkan.
4. Murid membina beberapa contoh ayat tunggal dan ayat majmuk daripada kata adjektif tersebut.
5.Murid membaca ayat yang telah dibina mengikut kumpulan masing-masing secara bergilir-gilir untuk didengar dan dinilai oleh rakan dan guru.
6. Murid menulis 3 atau lebih ayat tunggal dan 2 atau lebih ayat majmuk dengan kata adjektif.



Teknik: Perbincangan dalam kumpulan.







SB:Tatabahasa (ayat tunggal dan ayat najmuk)







Nilai:Kerjasama

Penutup
(5 minit)
Penilaian formatif
1.Guru memilih murid secara rawak untuk membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
2.Murid yang dipilih oleh guru akan membina ayat seperti yang disuruh oleh guru.
KBT: Nilai(berdikari- yakin)
Refleksi :________________________________________________________________________________________________________________________________________________________