Friday 30 November 2012

Literasi


LAMPIRAN 1  (BPSK) LITERASI
BORANG PENCAPAIAN SARINGAN KHAS

NAMA   SEKOLAH:   _____________________________________________________

KELAS                   :   ________________________       

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan 80% > jika murid telah menjawab 16 item dan
    lebih dengan betul.
                Tandakan ( X ) pada ruangan < 80% jika murid telah menjawab kurang
                daripada16 item dengan betul.


BIL
NAMA MURID
SKOR
LITERAT   (80% >)

BELUM LITERAT (< 80%)












































































Catatan – Sila gunakan lampiran tambahan jika ruang tidak mencukupi

PENGESAHAN :                                                                                                                                 TARIKH :

Terapi Hati

Ketika disakiti orang lain, balaslah dengan memaafkannya, ketika sering dikecewakan, balaslah dengan senyum keikhlasan, ketika dibohongi, balaslah dengan ketabahan hati kerana di situlah letak kemenanganmu atasnya. Di situlah letak kehebatanmu atas dirinya

Contoh soalan objektif BM Tahun 3


          Set Soalan Objektif (40 soalan)
Arahan : Pilih jawapan yang paling sesuai
1.    Gotong-royong menjadikan sekolah kami bersih dan________
A.    Ceria
B.    Suram
C.   Muram
2.    Muri-murid_________kerana sekolah mereka telah bersih.
A.    Sedih
B.    Kecewa
C.   Gembira
3.    Pokok-pokok bunga yang ditanam semakin_________kerana dibajai.
A.    Layu
B.    Subur
C.   Rendah
4.    Bersukan menjadikan badan kita______
A.    Lincah
B.    Cerdas
C.   Cergas
5.    Badan kita akan menjadi lebih________jika kita rajin bersukan.
A.    Muram
B.    Lemah
C.   Sihat
6.    _______, lajunya larian peserta itu!
A.    Wah
B.    Aduh
C.   Wahai
7.    _______, mana perginya kayu hoki saya!
A.    Eh,
B.    Nah
C.   Wah
8.    Cikgu Hafiz sedang______________bangku yang rosak itu.
             A   menyambung
            B . membuat
            C  merawat
            D  membaiki
9.Hamzah ____________sampah ke dalam tong sampah.
A  mengumpul
B membuang
C  membawa
D  mengatur
10  “________kah nama pengawas itu?” Tanya Cikgu Sudin kepada Cikgu Masni.
A Siapa
B  Apa
C  Mengapa
11. Beberapa orang ahli Pandu Putri mendirikan________itu.
A  pondok
B titi
C  khemah
D  payung
12. “Letak buku itu di______,” kata Cikgu Salmah kepada Azman.
A  sini
B  situ
C itu
13. Suasana di kantin pada amsa rehat agak_______.
A  lama
B  sunyi
C  penat
D  bising
14. Daud  memakai________kasut semasa bermain hoki.
A  sepasang
B  sebelah
C  sebentuk
D  seberkas
15. Harga Komputer itu agak_____.
A  ringan
B  mahal
C  lembut
D  sedikit
16. Peserta itu______dariapda lumba lari kerana kakinya tercedera.
A  mencari jalan
B memeras otak
C  menarik diri
17. “________, kalian telah memenangi perlawanan bola jarring itu!” ucap jurulatih kepada pasukan bola jaringnya.
A  Tahniah
B  Wah
C Amboi
18. Mesin pencetak itu telah_______oleh Encik Karim.
A  menyumbang
B  penyumbang
C  sumbangan
D disumbangkan
19. Aisah masuk ke makmal komputer _______mebuka suis lampu.
A  hingga
B  lalu
C  kerana
D  tetapi
20. Ani sedang mengelap papan________itu.
A  tetikus
B  sesawang
C  kekunci
21. Program gotong-royong itu melibatkan_______murid tahap dua.
A  semua
B  kedua
C  tiap-tiap
D  tiga
22  Pokok  tanjung di______pagar sekolah itu berbunga.
A  atas
 B  bawah
C  tengah
D  tepi
23. _______conteng meja itu.
A sila
B Jangan
C Tolong
D Harap
24. Murid-murid Tahun 5 Kuning ______belajar.
A   susah
B  benci
C  rajin
D jujur
25. Pak Halim bekerja sebagai______di sekolah itu.
A  pegawai daerah
B tukang kebun
C pemandu lori
Soalan 26 dan 27
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
26. Mereka membersihkan longkang yang kotor itu.
A  panjang
B  luas
C  dalam
D  cemar
27. Kita boleh mendapat maklumat dengan cepat melalui internet.
A  pantas
B  kuat
C  hilang
D  lesu
Soalan 28 dan 29
Pilihperkataan berlawan bagi perkataan bergaris.
28. Amir kalah dalam perlawanan tenis itu.
A  selesa
  Lemah
C menang
D tangkas
29. Adik, tutup suis computer itu.
A  padam
B buka
C tekan
D  sentuh
Soalan 30
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
30. Apakah permainan yang kamu gemari?
A  saya gemar bermain hoki.
B  Saya bermain hoki dengan kawan-kawan.
C  Saya bermain hoki di padang.
Soalan 31 hingga 35
Baca petiakn di bawah dan jawb soalan-soalan yang berikutnya.
Hari ini sekolah Nana menganjurkan pertandingan melukis. Pertandingan melukis ini diadakan di Dewan Utama sekolahnya. Pertandingan melukis ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kanak-kanak. Nana juga menyertai pertandingan melukis itu.
Sebelum pertandinagn dimulakan, semua murid yang ingin menyertai pertandinagn melukis itu dimestikan mendaftarkan diri kepada Cikgu Sadiah. Cikgu Sadiah ialah Setiausaha Pertandinagn Melukis itu. Murid-murid juga mesti membawa alat tulis dan pensel warna ataupun krayon. Kertas lukisan akan dibekalkan oleh  pihak sekolah.
Pertandingan melukis ini berlangsung selama dua jam. Para peserta dibenarkan untuk memilih mana-mana soalan daripada empat soalan yang diberikan. Nana melukis lukisannya dengan tekun.
Pertandingan itu tamat. Keputusan pertandinagn diumumkan. Siti zulaikha Adnan, iaitu kawan sekelas Nana menjadi johan. Nana mengucapkan tahniah kepada Siti zulaikha.
Walaupun hanya mendapat hadiah sagu hati, Nana tidak berasa kecewa.

31. Pertandingan apakah yang diadakan di sekolah Nana pada ari tiu?
A  Pertandingan menulis
B  Pertandingan menyanyi
C Pertandingan Mewarna
D  Pertandingan Melukis
32. Siapakah Cikgu Sadiah?
A  Guru Kelas Nana
B  Guru Besar
C  Setiausaha pertandingan Melukis
D  Pemenang Pertandingan Melukis
33. Perkataan menganjurkan sama erti dengan
A  menyertai
B  mengadakan
C  mewakili
D  merasmikan
34. Apakah yang mesti dibawa oleh peserta pertandingan itu ?
A  Alat tulis dan pensel warna atau krayon
B  Kertas lukisan, alat tulis, dan pensel warna.
C  Alat tulis dan kertas lukisan.
D  Pensel warna, krayon, alat tulis, dan kertas lukisan.
35. siapakah yang menjadi juara pertandingan itu?
A  Nana
B  Cikgu Sadiah
C  Siti Zulaikha
D  Encik Adnan

Soalan 36 hingga 40
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Ainul    : Tahniah, Khairul kerana telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Makmal Komputer!
Khairul : Eh, kamu pun ada di sini! Terima kasih, Ainul.
Ainul    : Saya hendak mencari bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu   Herman. Khairul, bagaimana dengan tugas baharu kamu ini?
Khairul : saya berasa agak seronok dengan tugas baharu saya ini.Saya mesti memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, menggunakan computer-komputer ini dengan baik dan menjaga kebersihan makmalk omputer ini.
Ainul    : Baguslah kalau begitu. Tetapi,bagaimana dengan latihan hoki nanti?
Khairul : Saya Cuma bertugas pada hari ini, Khamis, dan Jumaat. Jadi, kita masih boleh mengikuti latihan hoki.
Ainul    : Khairul, boleh kamu ajar saya menggunakan mesin pencetak? Saya hendak mencetak maklumat yang saya perlukan itu.
Khairul : Boleh. Marilah, Ainul.
36. Siapakah Ketua Pengawas Makmal Komputer itu?
A  Ainul dan Khairul
B  Khairul
C  Ainul
D  Cikgu Herman
37. Mengapakah Ainul pergi ke makmal computer itu?
A  Untuk nberjumpa dengan Khairul
B  Untuk mengucapkan tahniah kepada Khairul
C  Untuk mencari bahan bagi tugasannya
D  Untuk mencari bahan bagi Cikgu Herman
38. Apakah hubungan antara Ainul dan Khairul?
A  Rakan sekelas
B  Sahabat pena
C  Kawan lama
D  Kawan sepasukan
39. Manakah antara berikut bukan tugas Khairul?
A  Mengajar murid dengan menggunakan computer
B  Menjaga kebersihan makmal computer
C  Memastikan murid menggunakan computer dengan baik
D  Memastikan murid mematuhi peraturan
40. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang dialog di atas.
A  Khairul dan Ainul ahli pasukan hoki
B  Ainul tidak tahu menggunakan mesin pencetak
C  Khairul hendak menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Herman
D  Latihan hoki tidak diadakan pada hari Khamis

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Objektivisme


Rancangan Pengajaran Harian :Objektivisme
Mata  Pelajaran               :  Bahasa Malaysia                                            
Kelas                               :   Tahun 3    
Tarikh                             : 6 Januari  2012      
Masa    :  60 minit (7.30-8.30 )                                                                                                                                                                                               
Bil. Pelajar                       :  13 orang (7 lelaki, 6 perempuan)  
Tema                               : Sekolahku Rumahku                                                                                                                                                                                                        
Tajuk                                :Gotong-royong Membersihkan Sekolah
Hasil Pembelajaran:
 Fokus Utama
 7.2 aras 1 (i) Memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu     cerita
Fokus Sampingan
1.3 aras 1 (i) Menyatakan panduan tunjuk arah kepada  orang lain
Objektif :Pada akhir pengajaran murid dapat:
  1. Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan
    2. Menyampaikan pesanan atau arahan dengan jelas dan difahami oleh orang lain
Sistem Bahasa: 1.diksi (penggunaan kata yang berkesan untuk mengungkapkan idea secara bertulis atau lisan)
2.Tatabahasa : ayat permintaan
Pengisian Kurikulum:
1.Ilmu: Kajian Tempatan
2.Nilai : Kerjasama (gotong-royong)
Media Pengajaran : Buku teks, Buku Latihan dan aktiviti, gambar sekolah SK Sarikei
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mempelajari tentang tajuk sekolah pada pelajaran yang lalu.

Rancangan Pengajaran Harian :Objektivisme (1)
Langkah/Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
5 minit
1.Ini gambar apa?
2.Di manakah sekolah ini?
1. Guru menunjukkan gambar sekolah.
2.Guru murid diminta menamakan  gambar yang ditunjukkan.
3. Guru meminta murid menyatakan lokasi dalam gambar.

1.Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Media: gambar SK Sarikei
Perkembangan
Langkah 1
10 miniit
1.Petikan ”Gotong-royong membersihkan sekolah
1.Guru menyuruh murid petikan dengan dengan intonasi yang betul secara keseluruhan kelas.
2. Guru menyuruh 3 orang murid membaca dialog dengan intonasi yang betul.

1. Murid membaca dialog dengan intonasi yang betul secara serentak
2. Tiga orang murid membaca dialog seperti dalam buku teks.
Media:Petikan ”Gotong-royong Membersihkan kawasan Sekolah”(Buku teks)
Langkah 2
 10 minit
1.Menyatakan isi dialog.
2. Penerangan tentang pemilihan diksi yang sesuai supaya bertepatan dengan prmintaan
1.Guru menyuruh murid menyatakan isi dialog.
2. Guru menerang bagaimana memberi tunjuk arah kepada orang lain.
3. Guru menggunakan dialog sebagai contoh kepada murid.
1. Murid menyatakan isi dialog.

2. Murid mendengar penerangan guru.
3. Murid membaca ayat dalam dialog sebagai pandua tunjuk arah kepada rakan.

Langkah 3
30   minit

1.Guru menerang contoh panduan tunjuk arah yang lain daripada dialog.
2. Guru beritahu diksi yang paling sesuai digunakan dalam menyampaikan permintaan.
3.Murid diminta menyatakan contoh diksi yang boleh digunakan.
4.Murid membina ayat suruhan yang menggunakan diksi yang betul.
5.Murid menulis ayat permintaan yang telah dibina.
1. Murid meneliti contoh yang diterangkan guru.
2.Murid menyebut diksi yang mereka fikirkan.
3.Murid membina ayat permintaan mudah menggunakan diksi yang disahkan betul oleh guru.
4. Murid menulis ayat permintaan menggunakan diksi yang betul.
5. Murid membaca semula ayat yang telah ditulis.
Ilmu: Bahasa Malaysia

Penutup
5 minit

Guru bertanya kepada murid, apakah yang perlu dilakukan kepada sekolah.
Murid menjawab soalan guru dan menyatakan nilai yang patut diamalkan.
PK:Nilai (gotong-royong)

Refleksi :