Friday 30 November 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Objektivisme


Rancangan Pengajaran Harian :Objektivisme
Mata  Pelajaran               :  Bahasa Malaysia                                            
Kelas                               :   Tahun 3    
Tarikh                             : 6 Januari  2012      
Masa    :  60 minit (7.30-8.30 )                                                                                                                                                                                               
Bil. Pelajar                       :  13 orang (7 lelaki, 6 perempuan)  
Tema                               : Sekolahku Rumahku                                                                                                                                                                                                        
Tajuk                                :Gotong-royong Membersihkan Sekolah
Hasil Pembelajaran:
 Fokus Utama
 7.2 aras 1 (i) Memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu     cerita
Fokus Sampingan
1.3 aras 1 (i) Menyatakan panduan tunjuk arah kepada  orang lain
Objektif :Pada akhir pengajaran murid dapat:
  1. Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan
    2. Menyampaikan pesanan atau arahan dengan jelas dan difahami oleh orang lain
Sistem Bahasa: 1.diksi (penggunaan kata yang berkesan untuk mengungkapkan idea secara bertulis atau lisan)
2.Tatabahasa : ayat permintaan
Pengisian Kurikulum:
1.Ilmu: Kajian Tempatan
2.Nilai : Kerjasama (gotong-royong)
Media Pengajaran : Buku teks, Buku Latihan dan aktiviti, gambar sekolah SK Sarikei
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mempelajari tentang tajuk sekolah pada pelajaran yang lalu.

Rancangan Pengajaran Harian :Objektivisme (1)
Langkah/Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
5 minit
1.Ini gambar apa?
2.Di manakah sekolah ini?
1. Guru menunjukkan gambar sekolah.
2.Guru murid diminta menamakan  gambar yang ditunjukkan.
3. Guru meminta murid menyatakan lokasi dalam gambar.

1.Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Media: gambar SK Sarikei
Perkembangan
Langkah 1
10 miniit
1.Petikan ”Gotong-royong membersihkan sekolah
1.Guru menyuruh murid petikan dengan dengan intonasi yang betul secara keseluruhan kelas.
2. Guru menyuruh 3 orang murid membaca dialog dengan intonasi yang betul.

1. Murid membaca dialog dengan intonasi yang betul secara serentak
2. Tiga orang murid membaca dialog seperti dalam buku teks.
Media:Petikan ”Gotong-royong Membersihkan kawasan Sekolah”(Buku teks)
Langkah 2
 10 minit
1.Menyatakan isi dialog.
2. Penerangan tentang pemilihan diksi yang sesuai supaya bertepatan dengan prmintaan
1.Guru menyuruh murid menyatakan isi dialog.
2. Guru menerang bagaimana memberi tunjuk arah kepada orang lain.
3. Guru menggunakan dialog sebagai contoh kepada murid.
1. Murid menyatakan isi dialog.

2. Murid mendengar penerangan guru.
3. Murid membaca ayat dalam dialog sebagai pandua tunjuk arah kepada rakan.

Langkah 3
30   minit

1.Guru menerang contoh panduan tunjuk arah yang lain daripada dialog.
2. Guru beritahu diksi yang paling sesuai digunakan dalam menyampaikan permintaan.
3.Murid diminta menyatakan contoh diksi yang boleh digunakan.
4.Murid membina ayat suruhan yang menggunakan diksi yang betul.
5.Murid menulis ayat permintaan yang telah dibina.
1. Murid meneliti contoh yang diterangkan guru.
2.Murid menyebut diksi yang mereka fikirkan.
3.Murid membina ayat permintaan mudah menggunakan diksi yang disahkan betul oleh guru.
4. Murid menulis ayat permintaan menggunakan diksi yang betul.
5. Murid membaca semula ayat yang telah ditulis.
Ilmu: Bahasa Malaysia

Penutup
5 minit

Guru bertanya kepada murid, apakah yang perlu dilakukan kepada sekolah.
Murid menjawab soalan guru dan menyatakan nilai yang patut diamalkan.
PK:Nilai (gotong-royong)

Refleksi :

No comments:

Post a Comment